Usaha Strategik Sdn Bhd telah ditubuhkan secara rasmi pada 30 Disember 2002. Bermula sebagai sebuah syarikat perundingan, kami memberikan komitmen penuh dalam memberikan perkhidmatan perundingan dan motivasi ke arah pembangunan sumber manusia di Malaysia.
Kami memulakan perniagaan kami di sebuah pejabat kecil di Pusat Bandar Puchong dan hanya mempunyai empat orang pekerja tetapi sahaja, Namun kami tetap komited untuk mencapai matlamat syarikat kami. Kini, kami mempunyai hampir 20 pekerja untuk menjalankan operasi perniagaan kami di Mutiara Indah, Puchong, dan Desa Subang, Subang.
Dari tahun ke tahun, kami terlibat secara aktif dalam menyediakan latihan dan berjaya membangunkan hampir 50,000 peserta melalui lebih daripada 1,000 program. Semua program ini melibatkan pelbagai kategori peserta seperti agensi awam, swasta, kelab, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), jabatan sukan, institusi keagamaan, universiti, dan sekolah.
Selain daripada latihan, kami juga terlibat secara aktif dalam mengendalikan pengurusan acara dan penyediaan cenderemata. Sehingga sekarang, kami mempunyai hampir 500 pelanggan di seluruh negara.
Pada tahun 2010, kami mula mengembangkan bidang perniagaan kami yang baru iaitu dalam sektor biomas | terutamanya dalam bidang pembuatan, dan import eksport. Usaha ini menunjukkan hasil positif kerana kami berjaya menarik pembeli asing dari Jepun, Korea, dan China untuk membekal Biomass Pellet selama 10 tahun dan seterusnya.
Sebagai sebuah syarikat Bumiputera yang mempunyai tanggungjawab untuk masyarakat, kami juga menubuhkan sebuah sekolah swasta, iaitu Sekolah Rendah Islam Sri Suria di Desa Subang, Subang sejak
tahun 2013. Tujuan kami dalam menjalankan institusi ini adalah untuk menyumbang kepada agama Islam dan sebagai salah saru Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR).